Bab Closing

Saya sendiri memahami isu bab closing ini tidak tertumpu kepada berapa bijaknya dirimu menyusun skrip.

Ada beberapa perkara yang kita selalu perlu tambah kan lagi ilmu dan sentiasa ada masa untuk perbaikikan beberapa perkara.

Teringat saya apabila ada satu status fb saya yang memberikan banyak orang sedar ini adalah intipati dalam bidang closing sales pernah saya tuliskan.

Selalu saya berpesan kepada lebih 15 ribu pelajar kelas online telegram closing saya, saya selalu berkata, RAMAI ORANG SUKA MEMBELI TETAPI RAMAI ORANG YANG MEMBELI TAK SUKA JURUJUAL.

.
Adakah anda nampak point yang saya ketengahkan ini. Sebenarnya saya nak beritahu apabila layanan dan apa sahaja berbentuk jualan ia semestinya melalui proses 4P ini.

Apakah dia 4P tersebut. ianya ialah Perkenalan, persamaan, perhubungan & percaya

Perkenalan.

Sering diutamakan dalam mengenal pasti kempen iklan anda dahulu untuk sasarannya siapa dan siapakah yang anda mahu target bagi memberi respon apa yang anda kenalkan (jualkan). Jika benar perkenalan produk anda pada orang yang tepat, pasti ianya memberikan hasil yang terbaik di proses kedua membentuk persamaaan pula.

Persamaaan

Ini cerita apabila prospek atau pelanggan sudah mula bersembang dengan anda atau anda telah pun membawa mereka untuk ingin tahu lebih lagi berkaitan “apa mereka dapat apabila membeli produk anda lagi dan lagi. Yang penting bagi prospek yang ingin menjadi pelanggan dan yang penting juga pelanggan itu boleh berulangkali beli dan beli adalah “layanan anda” baik pemberiannya baik jugalah jawapannya.

Jika mereka tidak membeli lagi, proses ketiga perlulah kita lalui. Apa itu proses ketiga kita panggil follow up tetapi saya panggil perhubungan

Perhubungan

Ianya satu proses follow up yang sangat dashyat dan perlukan kekuatan untuk membinanya, ini perlu kita sedar, kerana melalui perhubungan ini kita mahu melahirkan mereka yang memahami bahawa setiap produk yang kita mahu kenalkan (jualkan) punyai banyak kelebihan untuk mereka dan setiap mereka juga memahami bahawa saya dan kita semua sebagai penjual sentiasa ada dalam menyediakan apa sahaja mereka mahukan.

Perhubungan ini adakala ia menjadi positif dengan cara anda berkempen, adakala kempen yang anda lakukan makin hari makin menyampah dari fikiran mereka. Apa pun kita sebagai seller yakinlah rezeki Allah itu tidak pernah salah alamat. dan yang akhir sekali ialah jom kita bina point terakhir adalah percaya.

Percaya

Ini adalah komponen yang sangat kuat. Walaupun muka tak hensem (gurau je) kerana percaya apa sahaja kita berani berikan.KIta kerap dengar isu sebegini. Dahulu saya memang percaya 100% padanya tetapi kini ia sebaliknya. Betulkan?

Jadi percaya ini sangat penting untuk kita bina. Apabila kita faham membina KEPERCAYAAN INI. pasti anda akan dapatkan hasil yang lumayan untuk membina sales yang bertambah baik inshAllah.

Bagaiamana nak bina percaya ini. INshAllah anda bacalah ebook terbaru saya baca dan kongsikan anda untuk mendapatkannya.



Sahabat sekalian yang saya sayangi dan saya muliakan, saya berbesar hati untuk anda semua belajr 8 tips asas yang sangat penting dalam membina jualan berulang kali. Saya sediakan ebook ini untuk anda membacanya.

Usah ragu ragu dan usah lengahkan membaca ebook saya ini. Jujur saya katakan hari ini saya bertuah kerana semua yang membaca ilmu ini saya doakan anda berjaya dunia dan akhirat.

Ebook Close Your Sales ini ditulis oleh sahbat saya Surya Sufie.

Apabila ilmu ini bagus untuk anda silakan tinggalkan sebarang komen untuk pertanyaan dan anda juga bolehlah mulakan perjalanan untuk share post ini kepada rakan rakan yang lain untuk membaca ya.


Leave a Comment