Maafkan saya, untuk nak dapatkan rasa sifat bergantung atau tawakal yang tinggi sepenuhnya, ianya bukan mudah melainkan kita berani ambil langkah untuk keluar dari zon selesa. Maksud saya, kita harus keluar dari zon yang nyaman.
Jauhkan diri kita dari tempat tidur, kalau betul nak sangat bangun Tahajud. Contoh, kalau katil itu yang buatkan kita terlepas Tahajud, sebaiknya tidur di bawah katil saja, tidur pakai toto saja.
Atau, pakai tikar saja. Saya serius ni.
Kalau betul mahu hidup kita berubah, tercapai segala hajat. Hari ini, saat ini juga, harus kita nekad untuk bangun Tahajud. Kalau sebabkan Astro kita lalai daripada solat awal waktu, kalau sebabkan drama televisyen buatkan kita tak pergi solat Maghrib di masjid secara berjemaah.
Saranan saya, tamatkan saja servis Astro tu. Kena ada nekad.
Kena ada pengorbanan.
Kalau dah memang banyak sangat masalah, nak sangat doa kita makbul, nekad, tak kira apa nak jadi, malam ini saya harus atau mesti bangun Tahajud.
53 Muka Surat, 25 Bab
Semua yang baik adalah dari Allah, yang buruk dan lemah dari diri saya sendiri. Mohon doakan yang terbaik buat saya ya.
“Hasil penulisan dan pengalaman penulis sendiri, bagaimana dengan Tahajud mengubah hidup!”
Berbentuk Digital
Download PDF
53 Muka Surat
25 Bab Kupasan
Melalui Email
Bonus 1 – Cerita Cerita Tahjud
Bonus 2 – Template & Checklist Amalan