fbpx

Belajar tingkatkan sales menggunakan Copywriting Storytelling. Dapatkanlah semua koleksi saya semuanya hari ini ya.

Anda terima video up to date sesuai untuk tahun 2023. Mahirkan diri dalam copywriting storytelling, anda mulai hari ini.

Ebook

Ada Ebook

Check list

Ada Checklist

Personal

Ada Test

Video

Ada Video

Support

Ada Support

KHAS

Ada Rekod

Artikel saya di
Akhbar Harian Metro.

Masih ingatkah lagi, sewaktu kecil kita sangat teruja apabila cikgu mula menyebut perkataan ‘pada zaman dahulu kala…’. Perkataan ini seolah-olah magnet yang menarik kita untuk terus mendengar walaupun tidak pasti cerita yang bagaimana yang akan disampaikan oleh cikgu.

Malah, rata-rata ibu juga menggunakan teknik bercerita untuk memastikan anak-anak dapat bertenang sebelum mereka tidur. Apabila seseorang menyebut perkataan yang berkaitan dengan ‘cerita’, perhatikan secara automatik individu yang berada di sekelilingnya akan mula memberikan tumpuan.

Bermula dari rumah, sekolah dan persekitaran, kita tidak terlepas daripada aktiviti bercerita dan mendengar cerita. Menilaikan betapa besarnya impak cerita dalam kehidupan manusia, teknik ‘story-telling’ atau bercerita kini digunakan sebagai salah satu senjata baru dalam bidang penulisan iklan bagi pemasaran online.

Apa yang dikatakan (story-telling) ialah satu seni mengambil suatu peristiwa yang berlaku sama ada kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain dan menceritakan semula peristiwa terbabit dalam bentuk yang lebih mudah dan menarik untuk di terima.

Teknik ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing dalam diri manusia, malah ianya adalah suatu kemahiran asas untuk menyampaikan mesej atau menerangkan sesuatu.

Kanak-kanak seawal usia empat tahun juga mampu untuk bercerita mengenai perkara yang dialaminya di sekolah. Apa yang menakjubkan, sebagaimana keterujaan seseorang untuk bercerita, begitu juga keterujaan yang timbul untuk mendengar atau membaca cerita.

Teruja untuk mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya dalam cerita tersebut.

Ini adalah jawapan mengapa terdapat individu berupaya untuk menghabiskan pembacaan novel setebal 500 muka surat secara terus menerus dan mengapa seseorang boleh duduk menonton wayang dalam tempoh dua jam tanpa berganjak, tetapi pada masa yang sama tidak mampu untuk terus fokus menelaah bahan fakta ilmiah walaupun setebal 10 muka surat!

Dalam dunia perniagaan online, keterujaan terhadap cerita digunakan sebagai medium untuk menerangkan mengenai kelebihan produk dalam bentuk yang lebih santai dan menyeronokkan.

Kesan kepada hati

Bercerita memberi kesan kepada hati. Sekiranya digarap dengan tujuan untuk membuat pembaca rasa sedih, maka kesedihan akan turut dirasai oleh pembaca dan sebaliknya.

Ia umpama membawa pembaca untuk meyelami sendiri kisah di sebalik produk yang anda pasarkan. Cara ini dapat membina ‘keakraban’ dan ‘kepercayaan’ antara pencerita (peniaga) dan pembaca (pelanggan) hingga pada satu tahap pelanggan akan membeli produk anda secara rela tanpa terasa ada unsur ‘paksaan’.

Bukankah ada pepatah yang mengatakan, kalau hati dah suka, segalanya nampak indah di mata?

Cerita yang menarik dan berkesan sesungguhnya berupaya untuk mempengaruhi seseorang untuk ubah perasaannya mengenai sesuatu, sikap, cara berfikir dan cara dia bertindak balas terhadap suatu situasi.

Secara mudahnya, produk anda mungkin bukanlah sesuatu yang penting atau sesuatu yang paling diinginkan oleh pelanggan, tetapi dengan menggunakan cerita yang berkesan, produk anda mungkin boleh menjadi sesuatu yang benar-benar mereka inginkan.

Kadangkala, pelanggan tidak menyedari bahawa mereka memerlukan produk anda sehinggalah anda beritahu mereka. Contohnya, orang mengalami masalah bau badan mungkin tidak kisah dengan bau mereka sendiri, tetapi mereka tidak sedar bahawa masalah itu sangat mengganggu orang di sekilingnya. Perhatikan contoh permulaan story telling ini

Dia cantik, dia berbau

Ada seorang kawan sekolah saya dulu memang cantik orangnya. Dengan kulit yang putih, wajah yang menarik, tubuh yang ramping dan sikap ramahnya memang boleh dikategorikan cantik yang sempurna.

Tetapi, jangan rapati dia. Semua kesempurnaan itu hilang bila awak terhidu bau badan dia. Ya Tuhan, memang memualkan.

Fokus cerita ini ialah untuk beritahu bahawa betapa cantik pun seseorang itu, tetapi sekiranya dia mempunyai badan yang berbau, ia sangat menjengkelkan orang di sekelilingnya.

Sekiranya anda ialah peniaga produk mengatasi masalah bau badan dan cerita seumpama ini dibaca oleh kelompok sasaran (pembaca yang mengalami masalah bau badan), kebarangkalian untuk anda mendapatkan jualan adalah tinggi.

Dari sudut kos, teknik ini membantu menjimatkan kos pengiklanan. Kebanyakan peniaga online akan memperuntukkan kos yang besar sehingga mencecah ratusan ribu ringgit untuk menjalankan FB Ads setiap bulan. Tidak dinafikan, FB Ads sememangnya memainkan peranan besar dalam memperkenalkan dan memasarkan sesuatu produk.

Namun bagi ‘newbie’ atau mereka yang tidak mempunyai modal yang besar, teknik ‘story-telling’ adalah salah satu alternatif terbaik yang boleh diharapkan untuk memberikan impak yang memberansangkan walaupun tidaklah sehebat impak penggunaan FB Ads.

Bukan sesuatu yang sukar

Cerita yang menarik ditambah dengan visual yang sesuai bertindak seperti iklan yang tidak berbayar kepada penulisnya terutamanya apabila cerita tersebut diviralkan oleh pengguna online.

Bagi mereka yang baru bergiat dalam bidang pemasaran online dan bergelar newbie, penggunaan story-telling ini sememangnya menjadi salah satu pilihan.

‘Story-telling’ tidak memerlukan ‘template’ yang rumit mahupun disiplin atau format yang khusus dalam menghasilkannya. Kemahiran bercerita sememangnya telah wujud dalam diri setiap orang. Apa yang diperlukan ialah pengetahuan tentang teknik membina ‘story-telling’ pemasaran dan latihan yang berterusan bagi menghasilkan story telling yang mantap dan berkesan.

Teknik membina ‘story telling’ bukanlah sesuatu yang sukar dipelajari. Apa yang penting, sebelum menghasilkan story telling untuk produk anda, ada beberapa perkara dan persoalan yang perlu diperhatikan. Soalan yang perlu anda tanya diri sendiri ialah:

‘Apakah ‘musuh’ pelanggan saya?

‘Bahayakah ‘musuh’ ini?’

‘Sejauh mana ‘musuh’ ini mendatangkan kerisauan kepada pelanggan anda.’

‘Bagaimana produk anda membantu pelanggan mengatasi ‘musuh’ tersebut?’

Dari persoalan ini, hala tuju bagi ‘story-telling’ seperti pelanggan sasaran dan masalah yang ingin diselesikan dapat ditentukan.

Cerita yang ingin disampaikan boleh berdasarkan sumber kisah benar, testimoni daripada pengguna setia produk, pemerhatian sendiri mahupun penceritaan pihak ketiga.

Seterusnya, masukkan elemen penting yang perlu ada dalam ‘story telling’ iaitu;

a) Watak (hero dan musuh)

Cerita memerlukan watak hero dan watak jahat.Watak hero tidak semestinya diri anda, boleh jadi pihak ketiga seperti pelanggan, binatang atau apa sahaja dan watak jahat tidak semestinya manusia. Boleh jadi sistem atau masalah yang menjadi sumber ketakutan watak baik.

b) Konflik

Masalah yang dihadapi oleh hero dalam perjuangannya untuk mengatasi ‘musuh’. Contohnya hero dalam proses untuk menurunkan berat badannya (musuh), namun pada masa yang sama berhadapan dengan masalah suka makan lewat malam. Cerita tanpa konflik adalah membosankan.

c) Gambar/Imej

Penggunaan gambar menghidupkan lagi jalan cerita yang ingin disampaikan. Daripada sekeping gambar, pelbagai emosi boleh tercetus, pelbagai impak boleh terhasil. Gambar ibarat penyokong kuat bagi sesuatu cerita.

d) Kejutan

Elemen kejutan menarik perhatian pembaca untuk terus mengikuti cerita anda. Masukkan sekurang-kurangnya satu kejutan dalam cerita bergantung kepada panjangnya cerita yang ditulis.

e) Itu saya

Walaupun sedang bercerita kisah diri sendiri, sebenarnya anda sedang bercerita mengenai orang lain juga, iaitu orang yang mempunyai masalah yang sama dengan anda. Dedahkan sedikit kelemahan anda kerana tiada manusia yang sempurna. Cerita anda akan buat pembaca terasa seolah-olah itu adalah cerita mengenai diri mereka.

f) Impian terlaksana

Impian watak hero tidak semestinya telah tercapai, tetapi pastikan sekurang-kurangnya sedang menghala ke arah keputusan yang positif.

g) Pilihan perkataan

Berceritalah seperti anda bercakap. Lebih santai dan mudah diterima oleh ramai orang. Pastikan anda memahami vokab harian yang biasa digunakan oleh kelompok sasaran produk anda. Tidaklah sama penggunaan bahasa bagi kelompok remaja dengan kelompok wanita korporat.

Perhatikan dan masukkan kata kerja dan kata arahan pada tempat yang sesuai terutamanya pada bahagian penutup. Penggunaan perkataan yang betul pada tempat dan masa yang betul memastikan pembaca terus mengikuti cerita yang disampaikan.

Satu perkara penting yang mesti dielakkan dalam membina ‘story telling’ ialah ‘meleret’. Selepas satu cerita berjaya dihasilkan, sentiasa semak semula, potong bahagian yang tidak membantu menggerakkan cerita. Cerita yang meleret hanya akan menyebabkan pembaca tenggelam punca dan mudah merasa bosan.

Sebenarnya, semua orang boleh bercerita. Namun apa yang membezakan orang biasa dengan mereka yang pantas mengambil peluang, mereka berupaya untuk menukarkan cerita biasa menjadi cerita yang ‘berduit’.

Artikel dari harian metro : Sumber telah di update di sini >>> KLIK SINI

InshAllah 5 golongan sesuai belajar copywriting storytelling mulai hari ini juga.

1. Baru masuk dunia perniagaan

Pakej copywriting storytelling berikan konsep menarik. Bila ada konsep cerita dalam berniaga, orang akan kenal kita dengan cepat dan prospek mudah membeli dengan bercerita. Kuasai teknik ini kerana ia satu dari marketing luar biasa.

2. Anda seorang dropshiper

Pakej copywriting storytelling Sedarkan para prospek anda dengan penulisan yang membuatkan mereka ternanti-nanti utnuk anda mula bercerita. Ceritakan dan bina prospek dengan ramai.

3.Anda peniaga online

Pakej copywriting storytelling ini adalah untuk memahami cara bagaimana anda mahu membina ayat ayat yang berkualiti bagi membina personal branding dan jenama dengan baik sekali. Ilmu ini ilmu istimewa untuk anda hari ini.

4.Anda bina team agent

Pakej copywriting storytelling ini adalah untuk Sungguh terang betapa pentingnya anda semua mula membina team agent yang lebih mudah menjual dengaan perkataan perkataan berbentuk cerita.

5.Anda trainer @ pendidik

Pakej copywriting storytelling ini sedia membantu anda bagaimana anda diterima serta mudah dipercayai, gunakan strategi bercerita supaya ianya membnagunkan kredibiliti dan kepercayaan yang tinggi.

Semoga dengan izin Allah, pakej copywriting storytelling ini membantu Anda untuk menghasilkan cerita atau story yang menambah nilai dalam hidup orang lain. Seronok Bila sahabat yang sudah Pun Memiliki Berpuas Hati sepenuhnya.

Update sehingga April 2023 yang disediakan ini, inshAllah mampu berikan anda 1001 idea dan formula bina sales bertambah & berterusan.

Saya berikan juga kepada anda Imbuhan 2, berbentuk kupasan video untuk 27 teknik formula bina storytelling simple dan padat didalam group khas special.

Ok saya nak pesan, Imbuhan 5 istimewa diberikan bila anda tonton video yang anda miliki dalam masa 7 hari sahaja..

Eh kejap-kejap. Nak tahu ke saya dah buka juga group CHEK COPY bagi Imbuhan 6 lagi untuk anda check copywriting. Terhad tau kemasukkannya.

Imbuhan 7 ini saya berikan kepada anda tujuannya untuk anda ketahui berkenaan copywriting storytelling bergambar. Macam mana dalam masa 3 saat boleh hook prospek dan pelanggan. .

Ada lagi super Imbuhan 8 untuk anda. Ketahui bagaimana nak buat copywriting storytelling pendek, padat dan padu. Saya panggil copywriting 3 baris.

Yang terbaru update Imbuhan 9 untuk anda. Copywriting storytelling guna CTA, Point dan soal jawab. Makin menarik kan?

Istimewanya Imbuhan 10 seterusnya untuk anda. Copywriting storytelling "orang bisu" gunakan, pernah jumpa? Dengarkan ya.

Anda dapat lagi Imbuhan 11. Kali ini saya dedahkan Copywriting storytelling dari seorang Doktor apa tersirat didalamnya.

Lebih lagi Imbuhan 12. yang mungkin nampak simple tapi ianya power. Copywriting storytelling jenis begini buat anda rasakan, eh budak kecil pun boleh buat.

Luar dugaan Imbuhan 13. seterusnya saya kupas fresh Copywriting storytelling. "Direct To The Point". Macam mana nak nampak ringkas dan menarik , tonton ya video disediakan ini

Terkejut saya nak bagi Imbuhan 14. Saya kupaskan juga copywriting storytelling berbentuk Problem Solving dan pengalaman. Ajaib sungguh. Ada copywriting begini.

Lebih seronok lagi saya bagi Imbuhan 15. yang berbentuk copywriting storytelling dialog tetapi ada bawakan elemen sembang macam kawan-kawan.

kali ini Imbuhan 16. Saya kemas kini cara bina copywriting storytelling lebih kepada review guru anda dalam bentuk 2 way dan dapat engagement tinggi dari pembaca.

Biar betul Imbuhan 17. Jenis copywriting storytelling Report Polis pun ada. Nak belajar? Satu perkara baru anda ketahui kan?

Syok juga bila saya berikan anda Imbuhan 18. Jenis copywriting storytelling memuji produk orang lain diberikan garapan dalam bentuk bercerita. Ramai kata best.

Ada yang bertanya tentang Imbuhan 19. Jenis copywriting storytelling kali ini saya kupas berkenaan VIRAL. Apa nak diulaskan. Caranya dan manfaat.

Yang best lagi saya berikan Imbuhan 20. Bayangkan harian anda update copywriting storytelling secara sofsales.

Saya tak pusa hati nak juga sediakan Imbuhan 21. Kali ini anda belajar bagaimana nak guna poster dan suasana untuk cipta copywriting storytelling.

Bukan main lagi Imbuhan 22. Bagaimana 2 copywriting storytelling asing tetapi dekat. Saya panggil Copywriting rangkaian. Syok ilmu ini.

Yang Imbuhan 23 Saya terus terang copywriting storytelling seterusnya ini bukan tujuan menjual tapi bina engagement sahaja. Faham naa.

Sungguh Imbuhan 24 ianya satu copywriting storytelling yang selalu kita baca. Kali ini kita pula buat dan berikan.

Ajaib Imbuhan 25 ianya satu copywriting storytelling yang buatkan kita boleh ingat balik kisah yang dah terlepas.

Apakah Imbuhan 26 berikan nilai baru dalam copywriting storytelling? Jawapannya ya. Anda belajar shotcart penulisan simple dan menarik.

Maaf Imbuhan 27 agak sensitif cara bina copywriting storytellingnya. Yang tersurat & tersirat saya bentangkan.

Sesuai betul, kali ini Imbuhan 28. Copywriting storytelling kali ini saya ada ubah suai dari poster. Sekali skill cara nak tepek iklan diruangan komen.

Sewa rumah pun boleh copywriting storytelling. Begitulah Imbuhan 29. berikan anda ruang melihat cara penulisannya.

Imbuhan 30. ianya copywriting storytelling berikan sesuatu yang baru. Nak kaji dan tulisnya memang luar dugaan. Pelajarinya.

Dah masuk fasa seterusnya Imbuhan 31. Copywriting storytelling kali ini kita buat cara tepat untuk tag & jual terus.

Tak tercapai akal bila Imbuhan 32. Copywriting storytelling yang dibina ini konsisten menghasilkan database baru dan followers bertambah setiap hari. Cubalah.

Kuasa konten saya tunjukkan dalam Imbuhan 33. Copywriting storytelling adalah sesuatu yang simple dan menarik. Kuasainya.

Sebut berkaitan produk kesihatan. Imbuhan 34 akan berikan pendedahan Copywriting storytelling guna orang tua berumur ada jaminan sekali.

Berniaga sim kad. Imbuhan 35 akan berikan pendedahan Copywriting storytelling formula femes iaitu 3s dan direct to sales.

Eksperimen real. Imbuhan 36 akan berikan pendedahan Copywriting storytelling split test yang berkesan, bagaiman untuk membinanya.

Free kos marketing. Harga RM390 pun boleh jual. Imbuhan 37 akan berikan pendedahan Copywriting storytelling yang ada CTA SOFT dan ianya ada kesan.

Jula roti jer. Imbuhan 38 akan berikan pendedahan Copywriting storytelling yang sememangnya nampak valur macam jual rumah.

Homestay, olahan macam jual rumah. Inilah Imbuhan 39 bina Copywriting storytelling yang kemas dan ada input.

Bina copywriting CHAT GPT. Inilah Imbuhan 40 bina Copywriting storytelling guna robot pun boleh jadi. Tapi punya kelemahan juga.

Jual minyak sawan tanggis untuk baby. Inilah Imbuhan 41 bina Copywriting storytelling jenis pendek dan padu.

Macam mana nak adjust. Inilah Imbuhan 42 bina Copywriting storytelling panjang dan adjust jadikan ianya padat serta jelas maksudnya.

Akhir sekali ada 1 sesi rakaman zoom bersama saya "Tuan Izan Shafie" , dedahkan rahsia 6 tahun menjadi Copywriter Premium. "SPECIAL GIFT"

"ANDA BERUNTUNG"
Ini special gift Imbuhan 43.

Semoga dengan izin Allah, pakej copywriting storytelling ini membantu Anda untuk menghasilkan cerita atau story yang menambah nilai dalam hidup orang lain. Seronok Bila sahabat yang sudah Pun Memiliki Berpuas Hati sepenuhnya.

Pakej Yang Menguntungkan. Dari RM1299 turun sehingga RM499 sahaja. Tawaran ini akan bertukar
pada bila -bila masa sahaja.

RM499.00
Sekali Bayar Sahaja
  • Anda terima 8 ebook sesuai digunakan untuk copywriting storytelling
  • Anda terima 1 group storytelling. Penuh video kupasan didalamnya.
  • Anda terima 132 video - update hingga april 2023. Setakat semalam dah ada 41 video di update
  • Anda terima 1 video rakaman terkini tentang copywriting storytelling 1 Jam lebih sesinya
  • Anda terima 1 video rakaman baru update last week berkenaan teknik gunakan copywriting storytelling bina prospek dan pelanggan ( 2 jam Lebih )
  • Anda terima 1 sesi khusus chek copywriting by wasap secara personal dari saya sendiri.
  • Anda terima 1 sesi LIVE ZOOM sebulan sekali untuk ulangkaji dan tahu strategi terkini dalam gunakan copywriting storytelling untuk tingkatkan sales.
Nasihat saya sekarang klik Button TEMPAH SEKARANG Untuk Dapatkan Harga Istimewa diatas. Usah ketinggalan dengan pakej menarik ini. Sekali berubah harga anda rugi selamanya. Percayalah. Menguntungkan.

Soalan Yang Biasa Ditanyakan. Klik pada soalan untuk melihat jawapan yang diberikan...

Ianya dalam bentuk ebook dan video. Sungguh mudah untuk mentelaahnya kerana ianya satu pakej bimbingan cara teori dan praktikal terus.

Ianya bukan dibina untuk orang expert sahaja, ianya sesuai untuk anda yang belum mahir menulis.

Ianya menggunakan satu landing page download dan satu group facebook untuk rakaman.

Boleh bertanya dalam group yang disediakan. Selalulah keep and touch dengan kami melalui emel.

InshAllah boleh dipulangkan jika tidak bermanfaat.

Anda Disediakan Insurans Ilmu Selama Semua Produk Tidak Diremove Dari Platform Asal. 100% Jaminan Wang Dipulangkan.

Tuan Izan Shafie ialah seorang "Pembimbing Expert" dalam bidang Copywriting Storytelling.

Moga ianya menjadi asbab ilmu bermanfaat bila diamalkan.

Copyright 2023. All Rights Reserved.Every effort has been made to accurately represent this product and its potential. There is no guarantee that you will earn exact amount of money using the techniques and ideas in these materials. Examples in these materials are not to be interpreted as a promise or guarantee of specific amount of earnings. Earning potential is entirely dependent on the person using our product, ideas and techniques. We do not position this product as a “get rich scheme.”Your level of success in attaining the results claimed in our materials depends on the time you devote to the program, ideas and techniques mentioned, your finances, knowledge and various skills. Since these factors differ according to individuals, we cannot guarantee your success or income level. Nor are we responsible for any of your actions. Materials in our product and our website may contain information that includes or is based upon forward-looking statements within the meaning of the securities litigation reform act of 1995. Forward-looking statements give our expectations or forecasts of future events. You can identify these statements by the fact that they do not relate strictly to historical or current facts. They use words such as “anticipate,” “estimate,” “expect,” “project,” “intend,” “plan,” “believe,” and other words and terms of similar meaning in connection with a description of potential earnings or financial performance. Any and all forward looking statements here or on any of our sales material are intended to express our opinion of earnings potential. Many factors will be important in determining your actual results and no guarantees are made that you will achieve results similar to ours or anybody else’s, in fact no guarantees are made that you will achieve any results from our ideas and techniques in our material.This site is not a part of the Facebook website or Facebook Inc. Additionally, This site is NOT endorsed by Facebook in any way. FACEBOOK is a trademark of FACEBOOK, Inc.

Scroll to Top