Belajar tingkatkan sales menggunakan Copywriting Storytelling. Dapatkanlah semua koleksi saya semuanya hari ini ya.

Anda terima video up to date sesuai untuk tahun 2023. Mahirkan diri dalam copywriting storytelling, anda mulai hari ini.

Ebook

Ada Ebook

Check list

Ada Checklist

Personal

Ada Test

Video

Ada Video

Support

Ada Support

KHAS

Ada Rekod

Artikel saya di
Akhbar Harian Metro.

Masih ingatkah lagi, sewaktu kecil kita sangat teruja apabila cikgu mula menyebut perkataan ‘pada zaman dahulu kala…’. Perkataan ini seolah-olah magnet yang menarik kita untuk terus mendengar walaupun tidak pasti cerita yang bagaimana yang akan disampaikan oleh cikgu.

Malah, rata-rata ibu juga menggunakan teknik bercerita untuk memastikan anak-anak dapat bertenang sebelum mereka tidur. Apabila seseorang menyebut perkataan yang berkaitan dengan ‘cerita’, perhatikan secara automatik individu yang berada di sekelilingnya akan mula memberikan tumpuan.

Bermula dari rumah, sekolah dan persekitaran, kita tidak terlepas daripada aktiviti bercerita dan mendengar cerita. Menilaikan betapa besarnya impak cerita dalam kehidupan manusia, teknik ‘story-telling’ atau bercerita kini digunakan sebagai salah satu senjata baru dalam bidang penulisan iklan bagi pemasaran online.

Apa yang dikatakan (story-telling) ialah satu seni mengambil suatu peristiwa yang berlaku sama ada kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain dan menceritakan semula peristiwa terbabit dalam bentuk yang lebih mudah dan menarik untuk di terima.

Teknik ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing dalam diri manusia, malah ianya adalah suatu kemahiran asas untuk menyampaikan mesej atau menerangkan sesuatu.

Kanak-kanak seawal usia empat tahun juga mampu untuk bercerita mengenai perkara yang dialaminya di sekolah. Apa yang menakjubkan, sebagaimana keterujaan seseorang untuk bercerita, begitu juga keterujaan yang timbul untuk mendengar atau membaca cerita.

Teruja untuk mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya dalam cerita tersebut.

Ini adalah jawapan mengapa terdapat individu berupaya untuk menghabiskan pembacaan novel setebal 500 muka surat secara terus menerus dan mengapa seseorang boleh duduk menonton wayang dalam tempoh dua jam tanpa berganjak, tetapi pada masa yang sama tidak mampu untuk terus fokus menelaah bahan fakta ilmiah walaupun setebal 10 muka surat!

Dalam dunia perniagaan online, keterujaan terhadap cerita digunakan sebagai medium untuk menerangkan mengenai kelebihan produk dalam bentuk yang lebih santai dan menyeronokkan.

Kesan kepada hati

Bercerita memberi kesan kepada hati. Sekiranya digarap dengan tujuan untuk membuat pembaca rasa sedih, maka kesedihan akan turut dirasai oleh pembaca dan sebaliknya.

Ia umpama membawa pembaca untuk meyelami sendiri kisah di sebalik produk yang anda pasarkan. Cara ini dapat membina ‘keakraban’ dan ‘kepercayaan’ antara pencerita (peniaga) dan pembaca (pelanggan) hingga pada satu tahap pelanggan akan membeli produk anda secara rela tanpa terasa ada unsur ‘paksaan’.

Bukankah ada pepatah yang mengatakan, kalau hati dah suka, segalanya nampak indah di mata?

Cerita yang menarik dan berkesan sesungguhnya berupaya untuk mempengaruhi seseorang untuk ubah perasaannya mengenai sesuatu, sikap, cara berfikir dan cara dia bertindak balas terhadap suatu situasi.

Secara mudahnya, produk anda mungkin bukanlah sesuatu yang penting atau sesuatu yang paling diinginkan oleh pelanggan, tetapi dengan menggunakan cerita yang berkesan, produk anda mungkin boleh menjadi sesuatu yang benar-benar mereka inginkan.

Kadangkala, pelanggan tidak menyedari bahawa mereka memerlukan produk anda sehinggalah anda beritahu mereka. Contohnya, orang mengalami masalah bau badan mungkin tidak kisah dengan bau mereka sendiri, tetapi mereka tidak sedar bahawa masalah itu sangat mengganggu orang di sekilingnya. Perhatikan contoh permulaan story telling ini

Dia cantik, dia berbau

Ada seorang kawan sekolah saya dulu memang cantik orangnya. Dengan kulit yang putih, wajah yang menarik, tubuh yang ramping dan sikap ramahnya memang boleh dikategorikan cantik yang sempurna.

Tetapi, jangan rapati dia. Semua kesempurnaan itu hilang bila awak terhidu bau badan dia. Ya Tuhan, memang memualkan.

Fokus cerita ini ialah untuk beritahu bahawa betapa cantik pun seseorang itu, tetapi sekiranya dia mempunyai badan yang berbau, ia sangat menjengkelkan orang di sekelilingnya.

Sekiranya anda ialah peniaga produk mengatasi masalah bau badan dan cerita seumpama ini dibaca oleh kelompok sasaran (pembaca yang mengalami masalah bau badan), kebarangkalian untuk anda mendapatkan jualan adalah tinggi.

Dari sudut kos, teknik ini membantu menjimatkan kos pengiklanan. Kebanyakan peniaga online akan memperuntukkan kos yang besar sehingga mencecah ratusan ribu ringgit untuk menjalankan FB Ads setiap bulan. Tidak dinafikan, FB Ads sememangnya memainkan peranan besar dalam memperkenalkan dan memasarkan sesuatu produk.

Namun bagi ‘newbie’ atau mereka yang tidak mempunyai modal yang besar, teknik ‘story-telling’ adalah salah satu alternatif terbaik yang boleh diharapkan untuk memberikan impak yang memberansangkan walaupun tidaklah sehebat impak penggunaan FB Ads.

Bukan sesuatu yang sukar

Cerita yang menarik ditambah dengan visual yang sesuai bertindak seperti iklan yang tidak berbayar kepada penulisnya terutamanya apabila cerita tersebut diviralkan oleh pengguna online.

Bagi mereka yang baru bergiat dalam bidang pemasaran online dan bergelar newbie, penggunaan story-telling ini sememangnya menjadi salah satu pilihan.

‘Story-telling’ tidak memerlukan ‘template’ yang rumit mahupun disiplin atau format yang khusus dalam menghasilkannya. Kemahiran bercerita sememangnya telah wujud dalam diri setiap orang. Apa yang diperlukan ialah pengetahuan tentang teknik membina ‘story-telling’ pemasaran dan latihan yang berterusan bagi menghasilkan story telling yang mantap dan berkesan.

Teknik membina ‘story telling’ bukanlah sesuatu yang sukar dipelajari. Apa yang penting, sebelum menghasilkan story telling untuk produk anda, ada beberapa perkara dan persoalan yang perlu diperhatikan. Soalan yang perlu anda tanya diri sendiri ialah:

‘Apakah ‘musuh’ pelanggan saya?

‘Bahayakah ‘musuh’ ini?’

‘Sejauh mana ‘musuh’ ini mendatangkan kerisauan kepada pelanggan anda.’

‘Bagaimana produk anda membantu pelanggan mengatasi ‘musuh’ tersebut?’

Dari persoalan ini, hala tuju bagi ‘story-telling’ seperti pelanggan sasaran dan masalah yang ingin diselesikan dapat ditentukan.

Cerita yang ingin disampaikan boleh berdasarkan sumber kisah benar, testimoni daripada pengguna setia produk, pemerhatian sendiri mahupun penceritaan pihak ketiga.

Seterusnya, masukkan elemen penting yang perlu ada dalam ‘story telling’ iaitu;

a) Watak (hero dan musuh)

Cerita memerlukan watak hero dan watak jahat.Watak hero tidak semestinya diri anda, boleh jadi pihak ketiga seperti pelanggan, binatang atau apa sahaja dan watak jahat tidak semestinya manusia. Boleh jadi sistem atau masalah yang menjadi sumber ketakutan watak baik.

b) Konflik

Masalah yang dihadapi oleh hero dalam perjuangannya untuk mengatasi ‘musuh’. Contohnya hero dalam proses untuk menurunkan berat badannya (musuh), namun pada masa yang sama berhadapan dengan masalah suka makan lewat malam. Cerita tanpa konflik adalah membosankan.

c) Gambar/Imej

Penggunaan gambar menghidupkan lagi jalan cerita yang ingin disampaikan. Daripada sekeping gambar, pelbagai emosi boleh tercetus, pelbagai impak boleh terhasil. Gambar ibarat penyokong kuat bagi sesuatu cerita.

d) Kejutan

Elemen kejutan menarik perhatian pembaca untuk terus mengikuti cerita anda. Masukkan sekurang-kurangnya satu kejutan dalam cerita bergantung kepada panjangnya cerita yang ditulis.

e) Itu saya

Walaupun sedang bercerita kisah diri sendiri, sebenarnya anda sedang bercerita mengenai orang lain juga, iaitu orang yang mempunyai masalah yang sama dengan anda. Dedahkan sedikit kelemahan anda kerana tiada manusia yang sempurna. Cerita anda akan buat pembaca terasa seolah-olah itu adalah cerita mengenai diri mereka.

f) Impian terlaksana

Impian watak hero tidak semestinya telah tercapai, tetapi pastikan sekurang-kurangnya sedang menghala ke arah keputusan yang positif.

g) Pilihan perkataan

Berceritalah seperti anda bercakap. Lebih santai dan mudah diterima oleh ramai orang. Pastikan anda memahami vokab harian yang biasa digunakan oleh kelompok sasaran produk anda. Tidaklah sama penggunaan bahasa bagi kelompok remaja dengan kelompok wanita korporat.

Perhatikan dan masukkan kata kerja dan kata arahan pada tempat yang sesuai terutamanya pada bahagian penutup. Penggunaan perkataan yang betul pada tempat dan masa yang betul memastikan pembaca terus mengikuti cerita yang disampaikan.

Satu perkara penting yang mesti dielakkan dalam membina ‘story telling’ ialah ‘meleret’. Selepas satu cerita berjaya dihasilkan, sentiasa semak semula, potong bahagian yang tidak membantu menggerakkan cerita. Cerita yang meleret hanya akan menyebabkan pembaca tenggelam punca dan mudah merasa bosan.

Sebenarnya, semua orang boleh bercerita. Namun apa yang membezakan orang biasa dengan mereka yang pantas mengambil peluang, mereka berupaya untuk menukarkan cerita biasa menjadi cerita yang ‘berduit’.

Artikel dari harian metro : Sumber telah di update di sini >>> KLIK SINI

InshAllah 5 golongan sesuai belajar copywriting storytelling mulai hari ini juga.

1. Baru masuk dunia perniagaan

Pakej copywriting storytelling berikan konsep menarik. Bila ada konsep cerita dalam berniaga, orang akan kenal kita dengan cepat dan prospek mudah membeli dengan bercerita. Kuasai teknik ini kerana ia satu dari marketing luar biasa.

2. Anda seorang dropshiper

Pakej copywriting storytelling Sedarkan para prospek anda dengan penulisan yang membuatkan mereka ternanti-nanti utnuk anda mula bercerita. Ceritakan dan bina prospek dengan ramai.

3.Anda peniaga online

Pakej copywriting storytelling ini adalah untuk memahami cara bagaimana anda mahu membina ayat ayat yang berkualiti bagi membina personal branding dan jenama dengan baik sekali. Ilmu ini ilmu istimewa untuk anda hari ini.

4.Anda bina team agent

Pakej copywriting storytelling ini adalah untuk Sungguh terang betapa pentingnya anda semua mula membina team agent yang lebih mudah menjual dengaan perkataan perkataan berbentuk cerita.

5.Anda trainer @ pendidik

Pakej copywriting storytelling ini sedia membantu anda bagaimana anda diterima serta mudah dipercayai, gunakan strategi bercerita supaya ianya membnagunkan kredibiliti dan kepercayaan yang tinggi.

Semoga dengan izin Allah, pakej copywriting storytelling ini membantu Anda untuk menghasilkan cerita atau story yang menambah nilai dalam hidup orang lain. Seronok Bila sahabat yang sudah Pun Memiliki Berpuas Hati sepenuhnya.

10/10

“Hana dah membacanya, berserta video rakaman yang diberikan memang sangat jelas dan saya sudah beroleh sales dengan mudah kali ini”

Hana

10/10

“Group yang dibina dengan ebook dan video rakaman yang diberikan memang saya berpuasahati, isinya tidak kedekut”

Dinor

10/10

“Tuan, tak pernah posting saya dapat like banyak dan share pun banyak, bestnya”

ISmail

10/10

“Rupanya senang je buat storytelling ingatkan complecated sangat. Ada ebook dan kupasan video bab ebook. Memang berbaloi beli”

Hafiz

10/10

“Selalu saya beli ebook, baca jelah. Tak leh tanya. Kali ini ada group dan disertakan kupasan pula. Lebih detail saya dapat”

RAshidi

10/10

“Support group waktu dengar rakamn ini memang ada jawab bila bersoalan. ebook dan video tu memang berbaloi sungguh belajar”

FAtin

Update sehingga April 2023 yang disediakan ini, inshAllah mampu berikan anda 1001 idea dan formula bina sales bertambah & berterusan.

Anda akan terima 2 video. Update December 2022 dan Januari 2023. Sesuai digunakan bagi anda mencari prospek dan pelanggan untuk build sales 10 kali ganda. Ketahuinya didalam video ini.

Saya berikan anda group khas special. Didalam group disediakan kupasan 3video berkenaan 27 teknik storytelling.

Saya berikan 41 video kupasan dibawah 5 minit setiap video diagnos copywriting. Ianya mengupaskan isi tersirat yang aada dialam penulisan copywriting tersebut.

Semoga dengan izin Allah, pakej copywriting storytelling ini membantu Anda untuk menghasilkan cerita atau story yang menambah nilai dalam hidup orang lain. Seronok Bila sahabat yang sudah Pun Memiliki Berpuas Hati sepenuhnya.

“Alhamdulillah selepas saya belajar Copywriting Storytelling bersama Tuan Izan banyak ilmu yang saya pelajari antaranya kita perlu menulis gaya kita di media sosial supaya orang kenal siapa kita. 
 
Dalam penulisan kita perlu diselitkan elemen bahasa melayu rojak, bahasa melayu tinggi dan bahasa pasar suapaya audien kita tau apa yang kita sampaikan tanpa terlalu menjual dalam masa yang sama kita menjual. Berikan percuma kepada siapa yang datang ke FB kita. Berikan link. Bila post sesuatu perlu kaitkan dengan pembaca supaya sama-sama dapat respon apa yang kita sampaikan”.
 
10/10

Rabiah Adawiah

Terlebih dahulu saya Puan Juriah Ali ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang mengikuti sesi belajar Copywriting Storytelling oleh Tuan Izan Shafie. 
 
Semoga Tuan terus berjaya kaya dalam mendidik anak bangsa dan sentiasa dirahmati Allah. Buat pertama kali saya hadir dari info yang diberikan oleh leader saya Pn Sharmila Saleh Huden. 
 
Walau tidak sihat ketika itu tapi seolah-olah digerakkan oleh Allah untuk saya bertemu dengan tuan dalam majlis ilmu yang begitu manfaat buat saya. Alhamdulillah!
 
Banyak ilmu-ilmu copywriting & storytelling yang saya pelajari dan saya terus cuba praktikkan bermula malam tadi. Terima kasih juga atas komen yang membina untuk Facebook saya, Juriah Ali.  Bila dah belajar memang nampak betul kekurangannya.
 
Saya ada juga facebook page untuk perniagaan hartanah saya iaitu Hartanah Sri Johor dan ada satu lagi facebook page iaitu Hijabizeverafter untuk jualan pakaian jenama Sabella. 
 
Facebook personal lebih banyak marketing berkaitan aktiviti personal saya, berkaitan info hartanah, dan menyebarkan topik-topik kebaikan sebagai orang islam.
 
Walau bagaimanapun dari segi jualan hasil hartanah memang mendukacitakan. Bayangkan setahun saya hanya berjaya mendapat seorang pelanggan untuk membeli hartanah yang saya iklankan. Memang sendu huhuhu.
5/5

Puan JUriah

Waalaikumusalam. Feedback saya tentang sesi belajar Copywriting Storytelling, semuanya bagus banyak ilmu yang saya dapat untuk improve saya punya copywriting dan untuk improve posting dalam feed saya. 
 
Sesi belajar Copywriting Storytelling itu juga dapat mengajar saya untuk kita sebagai business owner perlu tunjuk value diri kita dalam page kita supaya orang lain dapat lihat dan kenali kita. 
 
InshaAllah apa ilmu yang disampaikan oleh tuan saya akan guna sebaik mungkin. Terima kasih tuan.
5/5

Qamarol Lutfi

Salam.. Walaupun belajar Copywriting Storytelling santai tapi sarat dengan ilmu dan padat dengan pengisian. 
 
Yang paling saya suka bila tuan terus buat sesi praktikal. Terus tegur mana kekuatan dan di mana kelemahan. 
 
Teguran yang jujur dan membina dan banyak pula tips-tips untuk tarik minat pembaca. Cuma, sebab kelas di buat malam, saya tak jangka selama 2 jam (atau saya terlepas pandang). 
 
Biasalah team ibu2, kena tidurkan anak-anak tapi sayang nak tinggalkan kelas. Alhamdulillah, berjaya stay sampai habis dan anak kena tidur sendiri. 
5/5

Puan Fyda

 
Sejujurnya, saya telah mengikut sesi belajar Copywriting Storytelling tuan sejak tiga atau empat tahun kebelakangan. Dan mengakui saya tidak mematuhi arahan tuan untuk ‘belajar, belajar, buat’ mahupun ‘buat, buat, belajar’.
 
Fb saya kekal ‘krik-krik’ hingga kini. Sewaktu sesi bedah penulisan sahabat-sahabat semalam, membawa kesedaran bahawa penulisan saya tiada tali ‘kebersamaan’ untuk mengajak pembaca engaged and like penulisan saya. 
 
Saya seorang introvert. Saya menulis tapi penulisan saya masih di takat yang sama. Sebelas poin dalam copywriting seperti yang tuan nyatakan semalam banyak yang saya ‘missed out’. 
 
Gambar-gambar yang saya letakkan di penulisan fb saya terutamanya karya seni saya sebenarnya bertujuan untuk ‘jualan’. Saya bersyukur berpeluang menimba ilmu mahal tuan dalam sesi belajar Copywriting Storytelling sebegini. 
 
Pagi ini saya cuba menulis dan memasukkan elemen ‘kebersamaan’ di posting fb saya, masih lemah tapi ada saya merasa ada tiga peratus perubahan.
 
 Insya-Allah, moga Allah bantu urusan penulisan saya agar melalui penulisan saya dapat menyebarkan lebih banyak kebaikan. Aamiin.
 
Terima kasih Tuan Izan 
5/5

ROSMIEZA

Terima kasih banyak tuan untuk perkongsian ilmu. Daripada sesi belajar Copywriting Storytelling ini, saya boleh bagi rating 10/10. Jika berbayar ia boleh mencapai ribuan ringgit kerana ilmu ini sukar diperolehi.
 
Banyak dapat manfaat daripada kelas ini. Jika sebelum ini banyak melakukan pantang larang dalam membuat penulisan. Diharapkan selepas ini segala kesilapan ini dapat di betulkan mengikut panduan sesi belajar Copywriting Storytelling ni.
 
Ternyata penulisan copywriting ini perlu di buat berdasarkan panduan yang betul demi mencapai objektif posting tersebut. Perlu ada seni dalam penulisan. 

Penulisan perlu kemas dan mampu menarik hati pembaca untuk membaca posting tersebut sampai habis. Apa yang paling penting adalah perlu ada interaksi antara penulis dan pembaca.
5/5

Razif

Bismillah. Tuan izan . Byk manfaat saya dapat dari sesi belajar Copywriting Storytelling. Saya agent sewa rumah dan jual beli rumah.. 

Actually skrang saya banyak buat video masa view unit rumah. So untuk menulis kurang disebabkan kekangan masa. 

Sesi belajar Copywriting Storytelling bersama tuan membantu saya untuk pengisian content video saya. Video yg saya buat sangat simple, just share unit rumah dan facility yang ada. 

Alhamdulillah byk membantu selepas attend sesi belajar Copywriting Storytelling tuan. Saya pon follower page tuan, banyak saya belajar dari situ. Terima kasih tuan.

5/5

Ihsan

Ya betul..sy nmpak setelah tuan buat post morten secara real semalam..bnyak yg perlu dibaiki dan ditajamkan

5/5

Tuan Shah

Terima kasih untuk sesi belajar Copywriting Storytelling. Isinya sangat padat. Banyak  ilmu yang dapat.
 
Saya suka sesi belajar Copywriting Storytelling bersama Tn Izan sebab isinya tersusun satu persatu, senang nak faham. Ada contoh- contoh sekali sebagai penerangan. 

Bukan saja cerita terus tentang copywriting tapi terangkan dari awal macam mana nak susun intro dan features yang beri impak di facebook kita.
 
Bagi yang dah pernah pergi masuk sesi belajar Copywriting Storytelling sebelum ni, mungkin setengah penerangan tu macam revisionlah. Namun banyak penambahan ilmu baru misalnya tentang google search whatsmyserp tu, tentang CTA soft, mind story mapping. 
 
Lagi satu tentang jenis-jenis storytelling tu, menarik macam mana cara kita nak susun ikut berapa persen yang perlu kita post ikut jenis storytelling.
 
Yang paling best dalam sesi belajar Copywriting Storytelling bila Tn Izan bagi komen langsung dari posting facebook peserta yang bagi link. Boleh terus nampak kat mana yang ok, yang mana perlu tambahbaik. Boleh jadi panduan the next time kita buat posting kat facebook kita. 
 
Terima kasih Tn Izan.
5/5

Noraini

Pertama sekali saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih pada Tuan Izan atas perkongsian sesi belajar Copywriting Storytelling, ilmu yang sangat bagus dan bermanfaat..

Saya jugak berharap dapat kiranya sesi – sesi sebegini dapat diteruskan dan dikongsi bersama rakan-rakan yang lain..halalkan ilmu yang diberikan..terima kasih

5/5

Mohd NIzam

Assalam Tuan, saya nak share feedback sikit tentang sesi belajar Copywriting Storytelling.
 
Masa dalam sesi tersebut apa yang paling menarik minat saya ialah pada part postmortem facebook profile. 
 
Kat bahagian tu Tuan Izan on the spot bagi cadangan tambah baik profile facebook. Apa benda yang nak kena tukar, apa benda yang nak kena letak supaya orang nampak positioning diri kita.
 
Kemudian dari segi penulisan story pun Tuan Izan terus review posting-posting sebelum ni yang dah pernah buat dan bagi idea untuk tambah baik supaya penulisan kita lebih baik dan yang paling penting orang minat nak baca penulisan kita.
 
Terima kasih Tuan Izan buat kelas yang bermanfaat macam ni.
5/5

Hanif

Alhamdulillah selepas join sesi belajar Copywriting Storytelling bersama Tuan Izan banyak yang saya belajar berkenaan storytelling dan cara untuk dapatkan engagement di FB tanpa keluarkan kos. 
 
Selepas sesi belajar Copywriting Storytelling, perkara pertama yang saya buat adalah update gambar profile saya yang terbaru dan hasilnya amat menakjubkan sebab dengan gambar itu sahaja saya dapat banyak like dan komen
 
Sebelum ni page saya agak sendu sebab saya banyak hardselling dan saya jugak seorang introvert.
 
Saya juga dah mula belajar untuk bersosial dengan rakan-rakan FB (ini saya tiruvasi dari page Tuan Izan) dan hasilnya juga memberangsangkan. 
 
 
Sekarang saya tengah cuba untuk create storytelling yang menarik  dan boleh close sale. Terima kasih atas tunjuk ajar Tuan Izan dan doakan saya agar saya berjaya di dunia dan akhirat.
 
5/5

Myza Zainuddin

Akhir sekali ada 1 sesi rakaman zoom bersama saya "Tuan Izan Shafie" , dedahkan rahsia 6 tahun menjadi Copywriter Premium. "SPECIAL GIFT"

"ANDA BERUNTUNG"
Ini special gift Imbuhan 43.

Semoga dengan izin Allah, pakej copywriting storytelling ini membantu Anda untuk menghasilkan cerita atau story yang menambah nilai dalam hidup orang lain. Seronok Bila sahabat yang sudah Pun Memiliki Berpuas Hati sepenuhnya.

Pakej Yang Menguntungkan. Dari RM1299 turun sehingga RM299 sahaja. Tawaran ini akan bertukar
pada bila -bila masa sahaja.

RM299
Sekali Bayar Sahaja
  • Anda terima 8 ebook sesuai digunakan untuk copywriting storytelling
  • Anda terima 1 group storytelling. Penuh video kupasan didalamnya.
  • Anda terima 132 video - update hingga april 2023. Setakat semalam dah ada 41 video di update
  • Anda terima 1 video rakaman terkini tentang copywriting storytelling 1 Jam lebih sesinya
  • Anda terima 1 video rakaman baru update last week berkenaan teknik gunakan copywriting storytelling bina prospek dan pelanggan ( 2 jam Lebih )
  • Anda terima 1 sesi khusus chek copywriting by wasap secara personal dari saya sendiri.
  • Anda terima 1 sesi LIVE ZOOM sebulan sekali untuk ulangkaji dan tahu strategi terkini dalam gunakan copywriting storytelling untuk tingkatkan sales.
Nasihat saya sekarang klik Button TEMPAH SEKARANG Untuk Dapatkan Harga Istimewa diatas. Usah ketinggalan dengan pakej menarik ini. Sekali berubah harga anda rugi selamanya. Percayalah. Menguntungkan.

Soalan Yang Biasa Ditanyakan. Klik pada soalan untuk melihat jawapan yang diberikan...

Ianya dalam bentuk ebook dan video. Sungguh mudah untuk mentelaahnya kerana ianya satu pakej bimbingan cara teori dan praktikal terus.

Ianya bukan dibina untuk orang expert sahaja, ianya sesuai untuk anda yang belum mahir menulis.

Ianya menggunakan satu landing page download dan satu group facebook untuk rakaman.

Boleh bertanya dalam group yang disediakan. Selalulah keep and touch dengan kami melalui emel.

InshAllah boleh dipulangkan jika tidak bermanfaat.

Anda Disediakan Insurans Ilmu Selama Semua Produk Tidak Diremove Dari Platform Asal. 100% Jaminan Wang Dipulangkan.

Tuan Izan Shafie ialah seorang "Pembimbing Expert" dalam bidang Copywriting Storytelling.

Moga ianya menjadi asbab ilmu bermanfaat bila diamalkan.

Copyright 2023. All Rights Reserved.Every effort has been made to accurately represent this product and its potential. There is no guarantee that you will earn exact amount of money using the techniques and ideas in these materials. Examples in these materials are not to be interpreted as a promise or guarantee of specific amount of earnings. Earning potential is entirely dependent on the person using our product, ideas and techniques. We do not position this product as a “get rich scheme.”Your level of success in attaining the results claimed in our materials depends on the time you devote to the program, ideas and techniques mentioned, your finances, knowledge and various skills. Since these factors differ according to individuals, we cannot guarantee your success or income level. Nor are we responsible for any of your actions. Materials in our product and our website may contain information that includes or is based upon forward-looking statements within the meaning of the securities litigation reform act of 1995. Forward-looking statements give our expectations or forecasts of future events. You can identify these statements by the fact that they do not relate strictly to historical or current facts. They use words such as “anticipate,” “estimate,” “expect,” “project,” “intend,” “plan,” “believe,” and other words and terms of similar meaning in connection with a description of potential earnings or financial performance. Any and all forward looking statements here or on any of our sales material are intended to express our opinion of earnings potential. Many factors will be important in determining your actual results and no guarantees are made that you will achieve results similar to ours or anybody else’s, in fact no guarantees are made that you will achieve any results from our ideas and techniques in our material.This site is not a part of the Facebook website or Facebook Inc. Additionally, This site is NOT endorsed by Facebook in any way. FACEBOOK is a trademark of FACEBOOK, Inc.

Scroll to Top